Soal jawab survei tentang ateis

Di bawah ini jawapan saya terhadap soalan survei yang diberikan oleh seorang Muslim yang sedang membuat kajian tentang masyarakat Melayu ateis. Saya kongsi di sini untuk tatapan bersama.


(Gambar hiasan)


*The challenges of Atheist among the Malay community*

1. Please briefly share something about who you are (your job, your family, or the like).
Saya bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kedai serbaneka. Saya berusia pertengahan 20an dan belum berkahwin. Dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan Melayu.

2. How long have you been as an atheist?
Sejak pertengahan 2013.

3. Is there anything you see fellow atheists do and wish they didn’t?
Sesetengah orang2 ateis Melayu agak keterlaluan menghina dan mencaci Islam. Itu hak mereka, tetapi komuniti Melayu Muslim belum terbiasa dengan agama mereka dikritik, jadi apabila melihat beberapa Melayu ateis yang mencaci Islam dan ia menjadi viral, orang2 Melayu Muslim akan mula mengeneralisasi kononnya semua bekas Muslim macam tu juga.

Melondehkan Islam sepatutnya dilakukan dengan cara hujahan yang baik, gunakan logik supaya orang2 Muslim mula berfikir, kerana sekarang ini minda mereka dicengkam doktrin agama nenek moyang (Islam) yang ketinggalan.

4. If there a convert from atheist to someone who has religion?What is it?
Why?
Tak pernah pula dengar. Tapi ada satu kes saya dengar seorang Melayu perempuan yang keluar Islam, tapi kemudian katanya telah kembali kepada Islam. Dia berumur 20 tahun dan agak muda, jadi senang untuk dipengaruhi keluarga dan ditekan masyarakat untuk kembali kepada agama nenek moyang.
Ini hanyalah khabar angin, saya belum bertanyakan kepada dia lagi.

5. Is there any changes in your behavior after you become an atheist?
Menjadi lebih bergantung kepada diri sendiri, dan percaya usaha itu memang tangga kejayaan tanpa berharap kepada “entiti” di atas langit. Saya juga menjadi semakin tenang menghadapi hidup. Kita melihat banyak perkara kejam dan zalim berlaku di sekeliling kita, apabila kita tahu tuhan itu tidak ada (atau tuhan umat Islam itu tidak ada), semuanya jadi lebih masuk akal dan senang diterima.

Melihat kes2 seperti seekor kucing yang di gunting ekornya, atau dipijak sehingga pecah kepalanya menggunakan kasut tumit tinggi, atau mendengar cerita seorang perempuan dikurung dan dirogol berkali-kali, apabila kita masih percaya kepada tuhan, kita jadi pelik dan marah kepada tuhan bagaimana dia boleh biarkan ini semua berlaku dan tuhan boleh tengok saja.

Sudah pasti kalau saya berada di situ, saya akan hentikan itu semua, tapi apabila tiada orang di situ dan cuma tuhan yang ada, tetapi dia sendiri cuma menyaksikan dan tidak berbuat apa-apa, hidup kita jadi tidak tenang. Hanya dgn melihat realiti, yakni tuhan umat Islam itu tidak wujud, hati boleh merasa tenang dn semuanya masuk akal. 


Influence
1.What are the reasons that made you to that led you to atheism or become as a freethinker?
Please also share a little bit about how you’ve come to find yourself as an atheist.
Banyak, kes Palestin antara sebab awal, dan juga pengalaman ditipu oleh seorang kawan sehingga beribu-ribu ringgit. Kes kedua itu berlaku ketika saya masih kuat agama dan sering ke masjid dan masih sering berkopiah. Apabila perkara itu tetap saja berlaku, dan kita berdoa merayu kepada Allah tetapi langsung tiada apa yang berlaku sehingga sekarang, saya jadi pelik.
Berkenaan kes Palestin, sama juga, berbillion umat Islam sepanjang 60 tahun sudah berdoa kepada Allah termasuk wali-wali dan tok syeikh, tetapi tiada apa yang berlaku. Israel tetap menang dan menang. Kemudian begitu juga kes2 kesengsaraan di serata dunia, sama ada penjajahan Indonesia ke atas Papua sehingga mengorbankan puluhan ribu orang, sehinggalah ke kemarau yang melanda Somalia tahun 2012 yang mengakibatkan puluhan ribu orang mati
Semuanya berlaku tanpa Allah buat apa2. Orang ramai cuba sedaya upaya memberikan bantuan kemanusiaan untuk membantu manusia2 yg terseksa ini, tetapi Allah cuma melihat. Manusia nampaknya mempunyai sifat belas kasihan yang lebih banyak berbanding Allah.

Tetapi itu bukanlah sebab yang betul-betul utama, kerana selepas itu saya mula mengkaji hujahan2 pengkritik2 Islam dan melihat sangat banyak perkara di dalam Islam yang tidak kena dan tidak boleh dipertahankan seperti amalan mengambil hamba wanita dari kalangan tawanan bukan Islam yang kampong mereka diserang tentera Islam, sehinggalah kebenaran mengahwini wanita bawah umur.

Ini baru sedikit, ada terlalu banyak lagi seperti percanggahan al-Qur’an dengan fakta dan penemuan sains serta cerita2 dongeng dalam al-Qur’an yang mengarut, tidak bersandarkan apa-apa bukti (bahkan bertentangan dengan bukti juga banyak, seperti sejarah Kaabah) dan juga cerita-cerita yang tidak masuk akal (seperti bulan terbelah, burung bercakap-cakap dengan manusia, dan Muhammad terbang ke langit)

2.How do you get to know that someone can choose to become an atheist?
Sebab saya dulu selalu dengar ceramah2 perbandingan agama. Saya mula mendengar ceramah zakir Naik sejak tingkatan satu lagi. Jadi sudah terbiasa dengan idea agama2 yg berbeza

3. Name the celebrity who’s atheist that inspire you to become an atheist?
Richard Dawkins

Community
1.Does your family know that you are an atheist?
Tidak

2. What are the obstacles that you face whenever you became a freethinker?
Terpaksa menyembunyikan identiti, dan perlu terus hidup dalam kepura-puraan kerana tidak dibenarkan membuang perkataan “Islam” daripada IC.

3. How does your parents, friends, community and society react to this? Have you ever experienced discrimination or poor treatment by society because of your atheism?
Orang tidak tahu, jadi belum merasa sangat. Tetapi kalau tidak bersembahyang atau mula mengkritik agama Islam, sudah pasti akan mendapat reaksi yang negatif.

Tetapi tidak mampu meluahkan ekspresi sebenar, dan perlu terus berpura-pura Islam adalah memenatkan dan kadang-kadang tertekan juga. Tetapi inilah kehidupan di bawah sistem Islam dan saya sudah biasa. Islam itu sangat lemah, maka ia terpaksa bersikap menindas untuk menutup mulut orang daripada mengkritiknya dan mengurung orang di dalam penjaranya.

Hanya dengan cara ini Islam boleh tertegak. Hakikatnya, Islam itu berdiri di atas kayu yang rapuh. Ia ibarat rumah papan yang berdiri di atas kayu dan penghuni-penghuninya yakni orang-orang Islam itu berada di dalam rumah. Kayu itu rapuh, dan jika dihentam dengan kapak, seluruh binaan roboh.

Tetapi bukan semua orang boleh nampak ini kerana mereka dikurung di dalam rumah, untuk melihat ini mereka perlu keluar sebentar.

Jadi sama seperti Islam, mereka perlu letak diri mereka di posisi neutral, dan nilai Islam itu dari luar, dari perspektif seorang bukan Islam. Ini untuk membantu mereka melihat Islam dengan tanpa bias.

Begitulah.

4.What are the actions taken as the family members know about the atheist identity?
5. How could people with religion, becoming better friends for you? Do you have any Christian, Moslem, Buddhists or Hindus friends? If so, what kinds of practices that help to make your relationship with them stronger?
Saya ada kawan dari semua agama. Saya memusuhi ideologi karut, saya menentang pemenjaraan minda, saya membantah Islam kerana ia bersifat memaksa dan tidak boleh dikritik.

6.What are some areas of common ground where Christians, Moslems, Buddhists and Hindus and atheists could work together?

Berfikir secara kritis, rasional dan kepentingan terhadap penimbaan ilmu dan menjadi individu yang berdisiplin.

7. What is something you wish people with religion understood better about you?

Education
1.What are the three books best represent your worldview?
The God Delusion, The Greatest Show on Earth and the Edge of Evolution

2.What’s the worst, most despicable and thoughtless misrepresentation of atheists you’ve ever seen in your life?
Orang-orang ateis tiada moral dan mampu melakukan pembunuhan beramai-ramai.

3.Have you done a research on Bible and Al-Quran before you decided to become atheist?

Sangat mendalam, dan menghafal banyak surah serta potongan ayat2.

Comments

  1. Salamun ala man yattabiul huda...
    Sy juga bersetuju bahawa sikap prejudis sesetengah org islam (melayu khususnya) yg menindas, menutup mulut dan memenjarakan org yg menolak islam, dgn kekerasan, serta tidak ilmiyyah itu sangat disesalkan dan tidak dapat dibenarkan.
    Dan sy juga adalah seorg yg berfikir dgn kritis rasional dan mengambil penting terhadap penambahan ilmu,
    Tetapi sy alirkan semua itu dgn banyak membaca buku2 dan kajian2 mereka yg berlandaskan hukum tuhan, dan ternyata ia juga menjadi logik dan boleh dihadam oleh akal...
    Logik dan akal kita sebenarnya dilandaskan dgn penambahan ilmu, semakin bertambah ilmu, semakin berkurang perkara yg tidak logik...
    Sy juga lihat tuan masih keliru dgn konsep qada' dan qadar, serta konsep takdir. Yg perupakan perkara yg paling mendasar didalam islam.
    Dahulu Tuan selalu membaca al quran, dgn perasaan apakah tuan membacanya dulu? pernahkah tuan membaca al quran dgn anggapan dan fahaman bahawa al quran diturunkan untuk tuan sendiri?.
    Jika tuan belum pernah membaca dgn cara ini, maka baguslah jika tuan mencubanya...
    15 tahun sy membaca al quran untuk tujuan bengambil keberkatan dan pahalaNya sahaja...tetapi sy tidak merasakan kesannya, hanya seperti membaca buku2 yg biasa...tiada kesan wahyu dr pembacaan itu.
    Tetapi setelah sy membaca al quran dgn fahaman dan perasaan yg al quran itu diturunkan untuk sy sendiri mengamalkannya, maka sy merasakan perbezaan yg luar biasa...
    Harap tuan boleh mencubanya...
    Wabillahi taufiq wal hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan kata smakin brtambah ilmu, smakin brkurang prkara yg tak logik. Dlm kes Islam, ia sdikit berbeza, sbb tuan pn tahu, bnyak dakwaan2 dlm Islam yg mmg sangat2 tidak logik dn brtentangan dgn rasional akal.

      Burung Hud2 berdialog dgn Sulaiman, Muhammad membelah bulan, Muhammad terbang dr Mekah ke Jerusalem mnaiki seekor haiwan dsb. Ini smua mnghampiri kisah2 dongeng yg biasa kita dgr sewaktu kecil (maaf)..bgaimana utk terimanya?

      Prnah sy bca dgn anggapan sprti yg disebut oleh tuan di atas, mungkin tuan nk sy cuba lg sbentar lg? Blh, sy akan brbuat demikian, dn sy akan britahu hasilnya kemudian. Ttp jujur, sy tidak mlihat bgaimana ia mampu mmberi apa2 kesan sprti yg tuan harapkan. Akan sy ulas lg kemudian, knp itu kesnya..

      Brkenaan dgn konsep Qadar, mngkin tuan blh kongsi, apa dn dimana sy keliru?

      Delete
    2. YahdikAllahu bihidayatihi...
      Sy sangat berbesar hati kerana tuan menyambut baik seruan sy. Dan menolak ego tuan untuk mencari kebenaran. Semoga allah swt merahmati dan memberi hidayat kepada tuan dgn kebaikan tuan ini.
      - setelah sy membaca tulisan2 tuan yg lain, sy menyimpulkan, sebenarnya kemusykilan, ketidak logik kan, yg bermain2 di fikiran tuan adalah dikeranakan kerana tuan meragukan perkara yg paling asas, iaitu kewujudan zat Allah swt itu sendiri.
      Jika tuan menerima konsep ketuhanan, maka semua perkara yg tuan rasa tidak logik itu akan mudah dapat dihadam oleh akal.
      Memang untuk menerima konsep ketuhanan akan menimbulkan banyak persoalan yg tidak mampu dihadam oleh akal manusia yg lemah ini, kerana konsep ketuhanan itu sendiri berjalan diatas dasar taat dan menurut perintah, walau pun dlm beberapa perkara sengaja allah swt menjadikn perkara itu tidak mampu dihadam oleh akal kita, sebagai ujuan kepada kita dlm menerima konsep ketuhanan.
      Dan Sebetulnya, menjadi athies bukan lah jalan yg terbaik untuk menjawab segala yg tidak dapat dihadam oleh akal itu, kerana dgn menolak konsep ketuhanan, soalan2 yg tidak mampu dijawab oleh akal akan bertambah, dan terus bertambah.
      Siapakah yg menciptakan kita?
      Siapakah yg menjalankan alam ini?
      Apakah maksud kewujudan kita di dunia ini?
      Dan lain2 soalan yg akan terus datang dan datang.
      Walau ada yg cuba menjawab persoalan2 diatas tanpa menerima konsep ketuhanan, tetapi jawapannya akan tersangat jauh dr logik akal manusia normal. Tidak perlu di sebutkan berapa ramainya ilmuan yg menolak mentah2 teori yg telah darwin cipta.
      Begitu juga dgn teori2 lainnya.
      Kerana menerima konsep ketuhanan itu, lebih mudah , drdp dipaksa menerima bahawa kita, ibu bapa kita, dan manusia2 lain sebenarnya hanyalah monyet2 serta kera2 yg mampu berfikir...
      Wallahu mustaan...

      Delete
    3. Tuan keliru ni sebenarnya. Tuan kata sy yg keliru, ttp spatutnya tuan juga bermuhasabah dn fikir semula ttg diri tuan.

      Tuan kata dgn mnerima konsep ktuhanan, smuanya akan terjawab. Bukankah sudah sy nyatakan, dulu sy seorg Muslim sperti tuan dn org2 Melayu kbanyakan? Ktika sy percaya ini jugalah, persoalan2 yg bgitu bnyak timbul, dn konsep Allah ini tidak mampu mnjawab langsung soalan2 itu.

      Paling tidak ia cuma mngabaikannya, ibarat mnyapunya ke bawah karpet, ttp ia tidak hilang. Sy lihat, pnganut2 agama2 lain bgitu juga, apabila brhadapan dgn masalah2 dn isu2 yg mlibatkan doktrin dn kitab mreka, mreka cuma briman kpd tuhan2 masing2, tak kiralah Guan Yin, atau Brahma (tuhan Hindu) atau Murugan atau sesiapun.

      Inilah dipanggil, berpegang teguh pd kepercayaan nenek moyang yang tidak bersandarkan bukti.

      Bgaimana nk hadam surah Fussilat 41:9-12, yg mngajarkan konsep matahari dn tujuh petala langit diciptakan dalam tempoh dua hari, SELEPAS bumi diciptakan. Manakala bumi pula mngambil masa yg lebih lama utk disiapkan brbanding 7 petala langit, iaitu empat hari.

      Tidakkah ini mnunjukkan pnulis Qur'an mmbayangkan bumi ini mrupakan pusat utama alam ini, dn segala yg lain hnyalah objek kecil yg mngelilingi bumi ini?

      Bgaimana nk hadam cerita2 ttg burung brcakap2 dgn Sulaiman dn singgahsana Balqis dipindahkan dlm sekelip mata dr Yaman ke Yerushalem. Cerita2 ini tiada tempat di zaman sains dn pengkajian ini, ia hnya sesuai bg kanak2, atau org2 dewasa zaman dahulu.

      Bgaimana nk hadam kisah2 Qur'an yg bertentangan dn tidak didukung oleh mana2 bukti arkeologi, sprti cerita Musa yg langsung tidak disebut oleh mana2 sumber arkeologi masyarakat Mesir, walaupun peristiwa itu dikatakan hebat shingga mlibatkan pembelahan laut?

      Tiada rekod langsung yg mnyebutkan mana2 Firaun mmperhambakan satu bangsa yg dipanggil Bani Israel, bahkan tiada langsung mnyebut mreka dipaksa mlakukan kerja2 buruh. Ini smua diambil drpd kitab Yahudi yg skarang ini, org2 Yahudi sndiri pn dh mmpertikai kesahihannya.

      Sbb tu smakin ramai Yahudi yg mninggalkan agama mreka, mnjadi ateis atau sgt sekular shingga mmprsoalkan bnyak teks2 kitab sendiri.

      Bani Israel juga dikatakan merantau di padang pasir Sinai slama 40 tahun beramai-ramai (Quran 5:26). Pun bgitu tiada langsung bahan arkeologi yg ditinggalkan dlm pergerakan manusia yg agung ini.

      Soalan2 kamu:
      Siapakah yg menciptakan kita?
      Tiada siapa tahu, ttpi bukanlah tuhan yg mmpunyai nama Arab yg didakwa mngarang sbuah buku yg bnyak kesalahan serta kontradiksi itu.

      Siapakah yg menjalankan alam ini?
      Tiada siapa tahu, smua agama mndatangkan teori masing2. Muhammad juga mncuba nasib dn mmbawa tuhan arab yg mmpunyai nama arab "allah" itu utk cuba mnjawab prsoalan ini.

      Apakah maksud kewujudan kita di dunia ini?
      Kamu beri maksud kpd diri kamu sndiri. Nak berjaya dn mmberi manfaat, atau mrugikan diri sndiri dgn mlakukan prkara2 yg mmbawa binasa kpd diri sndiri dn org org lain.

      Konsep ktuhanan lbih susah sbenarnya, dn sy blh beri satu ceramah ttg ini slama dua jam sbenarnya. Ttp mudahnya bgini, slain drpd sbb2 lain, cuba kamu fokus pd satu prsoalan dn jwb prsoalan ttg Qada' dan Qadr. Cuba serasikan dgn konsep2 ketuhanan dlm agama Islam sprti maha pnyayang, maha adil dsb. Nescaya kamu akan mndapati pertentangan yg sangat jelas.

      Brkenaan teori evolusi, ini berdasarkan bukti2 fosil dan DNA. Apabila bukti2 sudah terlalu bnyak, hnya mreka yg berpegang pd konsep dogma nenek moyang saja yg akan berkeras kepala dn mnutup mata mreka serta ingkar kpd bukti2 yg ada.


      Delete
    4. Sprtimana mreka mnuduh org lain kafir krana mngingkari dogma Islam, org2 Islam sndirilah sbenarnya yg bersalah dlm mngingkari bukti2 fosil yg mnunjukkan evolusi itu bnar2 terjadi.

      Mreka yg mnolak teori Darwin, tidak sama dgn mreka yg mnolak teori evolusi. Evolusi tidak sama dengan Darwinisme. Ktika Darwin mnemui konsep evolusi ini, dia masih hidup di zaman yg mana teknologi tidak secanggih sekarang, dn teori2nya ada sdikit kekurangan.

      Fahamannya telah bnyak dibetulkan dn sekarang kita mmpunyai fahaman biologi yg baru dn lebih disokong oleh lbih bnyak bukti, terutamanya penemuan2 fosil yg tidak ditemui pd zaman Darwin. Contoh mudah, fosil bg australophitecus afarensis.

      Tetapi pokok pangkal drpd penemuannya tidak disangkal oleh ilmuan2 yg berminat dgn bukti2. Misalnya, Dr Michael Behe, seorg ahli biologi terkenal beragama Katolik. Walaupun dia mnulis buku mnceritakan ttg batas bagi teori evolusi dlm bukunya "The Edge of Evolution" (diterbitkan pd 2007) dn myatakan tuhan itu ttp perlu utk mmandu arah evolusi, dia tetap mnyatakan hakikat bahawa manusia itu berevolusi drpd kera purba adalah sesuatu yg benar dn tidak wajar ditolak oleh sesiapapun yg rasional dn mampu berfikir dn berminat dgn kebenaran.

      Delete

    5. Baiklah, sy berminat untuk berbincang perkara ini dgn lebih serius.
      Tp untuk mencari kebenaran, dlm ruangan komen ini bukanlah tmpt yg sesuai, adakah tuan keberatan kalau sy minta personal contact tuan?

      Delete
    6. Keberatan juga, sy tidak tahu siapa tuan, entah2 nnt akan sebarkan identiti sy atas tujuan mempertahankan agama nenek moyang.

      Bg sy, org2 Islam rmai yg tidak blh dipercayai dlm hal ini.

      Delete
    7. Salam abu yusuf, apa maksud anda masa zaman darwin tak secanggih sekarang? Jika anda merujuk kepada teknologi sekarang amat2 maju berbanding teknologi di era darwin, jika itu maksud anda, saya setuju tetapi jika anda bandingkan teknolgi sekarang dgn teknologi lama lagi sebelum darwin hidup...saya tak setuju. Contoh; zaman nabi musa, teknologi masih ada sehingga sekarang. Penemuan2 artifak juga baru dijumpai. Terserah utk bersetuju.

      Delete
    8. Salam zmd

      Maksud saya bgini. Rmai org suka mngkritik beberapa fahaman Darwin yg kurang tepat mgnenai evolusi. Ya benar, dia ada kekurangan dlm beberapa prkara dn ada prkara2 yg dia kurang tahu, ini krana teknologi zaman dia tidak secanggih skarang.

      Tetapi skarang, teknologi dh canggih, konsep darwinisme telah diperbetulkan dimana yg kurang, tetapi konsep evolusi itu sendiri secara keseluruhan tidak dapat disanggah, bahkan buktinya semakin konkrit.

      Kemajuan teknologi cuma semakin membuktikan teori evolusi.

      Ttg Nabi Musa apa smua tu, kamu kena faham yg Musa tu sndiri tidak ada bukti kukuh yg kata adanya seorg brnama Musa yg prnah wujud dn mmbelah laut dn sebagainya.

      Ini semua cerita2 dongeng Yahudi yg diserap masuk oleh Muhammad kedalam agama yg direkanyam dn diajarkan pula kpd pngikut2nya.

      - Abu Yusuf

      Delete
  2. salam, sy prnah nmpak hantu n makhluk2 aneh, mnurut org xda agama mcm saudara, dri sgi logik sains ni, apakah itu hantu?. dan yg anehnya hantu akan hilang bila sy baca quran.

    bgitu juga trjdi kpd abg sy, mse dye msuk hutan dye dmm pnas, mse dye kne rasuk dye jmpe bnyk hantu yg kacau dye, mke abg sy pon jd hitam, bdn dye jd pnas, pstu di hntar ke hospital tp doktor ckp abg sy tu xda mslah pun, ok j tp hkikatnya bdn abg sy mmg pnas, last2 bwk pegi jmpe ustaz, ustaz ckp abg sy kne gguan jin air, lpas brubat lme2 ok. smse proses nk ok tu bnyk kli abg sy nmpak hantu tp dye kuat n bce quran sbg pndinding, hantu tu x brani nk dkat dgn abg... so, komen saudara yg xda agama ni?, sy abg sy kluarga sy n smua mnusia yg prnah nmpak hantu akn prcaya kwujudan bnda ghaib sbb sy prnah alami, sy cme nk tau dri sgi sains n logik akal, apakah sbnarnya yg sy n org lain yg prnah kne ganggu oleh bnde ghaib tu?, n knapa ble bca quran atau mndwat rawatan dgn ustaz bnde ghaib tu trus hilang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu persoalan yg menarik.. perlu sy akui, yg sy masih dlm proses pengkajian ttg hal ini, sbb sy sndiri pn terfikir-fikir ttg hal ini, dn rmai org juga brtanyakan hal yg sama.

      Jawapan awalnya, sy prcaya ia lebih brkaitan dgn minda manusia. Sy tidak dpt jelaskan semua kes hantu itu berkait dgn masalah minda smata, ttp sy melihat kbanyakan kesnya berkait dgn permainan minda.

      Bacaan ayat Qur'an dilihat mampu mmpengaruhi manusia yg memang sudah percaya kpdnya. Sy melihat juga, alunan bacaan Qur'an itu ibarat muzik yg menenangkan, mampu mmberikan kesan kpd telinga yg mendengar, dn otak manusia.

      Blhkah britahu sy, selalu ke nmpak hantu ni, dn apakah dia terus hilang atau ambil masa? Bukan apa, sy juga prnah brbincang dgn org Kristian yg juga mampu mnghalau hantu dgn bacaan ayat Bible, dn juga dgn meletakkan salib di pintu rumah.

      Sy suspek ia brkaitan psikologi manusia. Silakan berkongsi. Kes abg kamu itu menarik, kakak saudara sy sndiri juga prnah alami prkara yg hmpir sama, tp sy x dpt interview dia ttg prkara ini krana dia dh lupa apa yg brlaku.

      Delete
    2. 2,3 kli jgk nmpk hantu, sy rse xda kaitan dgn psikologi sbb mse trnmpk tu sy bknnye ad mslh ape pon, saudara x prnh nmpk hntu k?, abg sy prnh crte kt sy yg kwn dye dlu x prnh nmpk hntu n ckp x prcya kwujudan hntu, last skli abg sy tu nk test kwn dye, dye ajk kwn dye prgi kt tmpt yg "keras" yg slalu org kne usik, ble kwn dye alami sndri kne kacau hntu bru kwn dye tu prcye kwujudan hntu.

      1 lg yg mnjd tnda tnya ialah sy prnh mghadiri upcara prubatan Islam, knapa kwn sy yg kne rasuk tu smsa dye kne rasuk, jin dlm bdn dye mngaku dye sbg jin, brubah suara dan mmpu brcakap dgn ustaz. Ble kwn sy sdar dye x ingt apa yg trjd tp dpn mte sy sndri yg jin tu kawal bdn dye, suara jd ksar. Apakah sbnarnya klau ikut sains yg mnybbkn kwn sy jd mcm tu?, x rse pelik k?

      Delete
  3. Salam,
    Bulan Terbelah

    Bulan terbelah dizaman nabi terjadi 2 kali dengan selang masa hampir 1 bulan.
    KISAH MUKJIZAT RASULULLAH Detik-Detik Bulan Terbelah Menjadi Dua Ceramah Ustadz Khalid Basalamah
    https://www.youtube.com/watch?v=nR62UTnFGfk
    Komen saya:
    Memang SO FAR tidak kelihatan rekahan terbelah yang nyata juga seperti dinafikan nyata. Bagi saya mungkin kita perlu lihat bahagian THE DARK SIDE. (sebelah belakang bulan yang CHina tengah teroka ketika ini)

    Ataupun kita perlu zoom lebih dekat bulan itu.Seperti yang ahli sains kata bahagian hadapan bulan lebih nipis berbanding bahagian depan bulan.Doakan malaysia akan hantar astronot sampai ke bulan nanti untuk travel dimanakan bahagian /parut belahan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan terbelah? Nak tergelak sy dngar benda mengarut ni. Org mcm awak mmg percaya la, ibarat pngikut ayah pin kata dia nampak ayah pin atas awan. Benda2 mcm ni, pngikut fanatik sja yg akan percaya.

      Zoom dekat mcm mana pun takda apa la. Buat apa nak tngok the dark side, spatutnya kalau ada rekahan, dekat the bright side pun boleh nampak.

      eh, jngan buang masa aku la dgn benda2 mcm ni.

      Delete
    2. Klau stakat rekahan skit2 tu, itu bukan mnunjukkan bulan tu trbelah ok. Rekahan skit2 tu, kat bumi pun ada rekahan. Crita2 bulan trbelah ni, pngikut fanatik sebuah agama purba sj yg blh percaya, sbab mngarut sngat dan tak da org lain yg nmpak kcuali pngikut fanatik tu sndiri yg mndakwa

      Delete

Post a Comment